SMK Padang Midin Terus Gah di Persada Pendidikan Terengganu

25 Mei 2009 oleh admin Leave a reply »

img_6688Dengan meletakkan visi SMKPM menjadi sekolah Gemilang pada tahun 2011, seluruh warga SMKPM mula bergabung tenaga, bersatu-hati untuk merealisasikan matlamat tersebut. Ternyata segala pergorbanan itu tidak sia-sia apabila SMK Padang Midin mula mengukir nama dalam kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Kejayaan-kejayaan yang digapai dalam lima bulan pertama ini telah menjadi titik tolak dan petanda positif yang kegemilangan sekolah akan berjaya diraih mengikut perancangan.

            Detik bersejarah sekolah  mula direalisasikan pada tarikh 10 Februari 2009 apabila impian sekolah untuk memiliki sebuah bas telah menjadi realiti.  Hasrat dan impian semua warga SMK Padang Midin setelah lebih 10 tahun berusaha memohon kepada mana-mana pihak akhirnya membuahkan hasil apabila ianya mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Terengganu.

            Menjadi harapan Puan Pengetua Kanan, Pn. Hajah Anuar bt Harun, penyerahan bas tersebut boleh menjadi faktor pendorong dalam melancarkan lagi semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

            Majlis Penyerahan Bas ini telah diadakan di Dewan Setia Budi SMKPM dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mokhtar bin Nong, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, yang mewakili Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Berbahagia, Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Tuan Haji Ariffin bin Embong dan Encik Hashim bin Mat Zain, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

 img_6714-copy

Advertisement

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.