PERASMIAN PROGRAM NILAM SMK PADANG MIDIN
Monday, 22 March 2010
ISNIN, 22 Mac 2010 – Berlangsungnya Pelancaran Program NILAM SMK Padang Midin, Kuala Terengganu. Pelancaran disempurnakan oleh Encik Azman bin Othman @ Abdullah selaku Yang Menjalankan Tugas Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu. Turut hadir sama adalah Puan Nik Rosniza binti Nik Mustapha, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan dan Encik Mohammad bin Ali, Pegawai Teknologi Pendidikan I PKG Durian Burong, Kuala Terengganu. Secara tidak langsung perasmian ini akan dapat memberikan suatu impak yang besar kepada sekolah seterusnya kepada pelajar-pelajar untuk lebih aktif dalam program ini bagi menjamin peningkatan peratusan perolehan pingat untuk Peringkat Jauhari dan Rakan Pembaca. Terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya pihak Pengetua dan warga SMK Padang Midin.

