KEM PENGAWAS PSS 2011

12 September 2011 oleh admin Leave a reply »

Sek. Men. Kebangsaan Padang Midin
21400 Kuala Terengganu.

TEMPAT:
RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN
TASIK KENYIR, HULU TERENGGANU

RASIONAL

PENDAHULUAN

Pengawas Pusat Sumber Sekolah seharusnya diberi input kepimpinan selaras dengan peranan mereka sebagai pembantu guru dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di Pusat Sumber Sekolah. Disiplin, motivasi , keyakinan diri dan sahsiah yang baik merupakan tunjang kepada keperibadian seseorang pengawas pusat sumber sekolah.

Kursus ini diharapkan dapat melahirkan pengawas PSS yang berdedikasi, bertanggung jawab dan mempunyai nilai-nilai sahsiah yang tinggi sesuai dengan wawasan SMKPM untuk melahirkan modal insan cemerlang dan harmonis sejajar dengan misi sekolah.

NAMA PROGRAM
Kem kepimpinan dan motivasi Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin 2010

ANJURAN
Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu.

MATLAMAT
Mewujud dan melahirkan para pengawas PSS yang berdisiplin, berkepimpinan, yakin diri dan mempunyai sahsiah yang tinggi. Seterusnya menanam rasa keinsafan, perubahan sikap, sahsiah dan akhlak yang terpuji

OBJEKTIF

1. Mengenalpasti dan mempraktikan kaedah-kaedah kepimpinan dalam melahirkan individu yang tegas, yakin dan berketrampilan.
2. Meningkatkan kesedaran kendiri di kalangan pengawas akan kepentingan disiplin dan agama yang selari dengan pencapaian akademik yang cemerlang.
3. Menyedari bahawa jawatan pengawas PSS merupakan satu tanggung jawab yang mesti dilaksanakan dengan berani dan penuh yakin.
4. Melahirkan pengawas PSS yang serba boleh dan bertindak mengikut peraturan dengan berpandukan keislaman.

TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh : 5 hingga 6 Februari 2011
Masa : 2 hari (1 malam)

TEMPAT

Rumah Peranginan Persekutuan, Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir.

STRATEGI PERLAKSANAAN

Penyelaras program oleh Pusat Sumber Sekolah dan kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin.
Pengisian program termasuk ceramah, bengkel, aktiviti kerohanian, kecergasan dan rekreasi.

TENTATIF PROGRAM
( Rujuk Lampiran)

SASARAN

Seramai 17 pengawas PSS lelaki dan 40 pengawas PSS perempuan tingkatan 1,2,3,4,5 dan 6 Atas.

PENUTUP

Semoga kursus ini berjalan lancar dan dapat memberi input yang sempurna serta kerja sama semua pihak.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG KEM PENGAWAS PSS 2011 DI RUMAH PERSEKUTUAN TASIK KENYIR.

Advertisement

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.