Archive for the ‘Info’ Category

KEM PENGAWAS PSS 2011

September 12th, 2011

Sek. Men. Kebangsaan Padang Midin
21400 Kuala Terengganu.

TEMPAT:
RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN
TASIK KENYIR, HULU TERENGGANU

RASIONAL

PENDAHULUAN

Pengawas Pusat Sumber Sekolah seharusnya diberi input kepimpinan selaras dengan peranan mereka sebagai pembantu guru dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di Pusat Sumber Sekolah. Disiplin, motivasi , keyakinan diri dan sahsiah yang baik merupakan tunjang kepada keperibadian seseorang pengawas pusat sumber sekolah.

Kursus ini diharapkan dapat melahirkan pengawas PSS yang berdedikasi, bertanggung jawab dan mempunyai nilai-nilai sahsiah yang tinggi sesuai dengan wawasan SMKPM untuk melahirkan modal insan cemerlang dan harmonis sejajar dengan misi sekolah.

NAMA PROGRAM
Kem kepimpinan dan motivasi Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin 2010

ANJURAN
Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu.

MATLAMAT
Mewujud dan melahirkan para pengawas PSS yang berdisiplin, berkepimpinan, yakin diri dan mempunyai sahsiah yang tinggi. Seterusnya menanam rasa keinsafan, perubahan sikap, sahsiah dan akhlak yang terpuji

OBJEKTIF

1. Mengenalpasti dan mempraktikan kaedah-kaedah kepimpinan dalam melahirkan individu yang tegas, yakin dan berketrampilan.
2. Meningkatkan kesedaran kendiri di kalangan pengawas akan kepentingan disiplin dan agama yang selari dengan pencapaian akademik yang cemerlang.
3. Menyedari bahawa jawatan pengawas PSS merupakan satu tanggung jawab yang mesti dilaksanakan dengan berani dan penuh yakin.
4. Melahirkan pengawas PSS yang serba boleh dan bertindak mengikut peraturan dengan berpandukan keislaman.

TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh : 5 hingga 6 Februari 2011
Masa : 2 hari (1 malam)

TEMPAT

Rumah Peranginan Persekutuan, Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir.

STRATEGI PERLAKSANAAN

Penyelaras program oleh Pusat Sumber Sekolah dan kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin.
Pengisian program termasuk ceramah, bengkel, aktiviti kerohanian, kecergasan dan rekreasi.

TENTATIF PROGRAM
( Rujuk Lampiran)

SASARAN

Seramai 17 pengawas PSS lelaki dan 40 pengawas PSS perempuan tingkatan 1,2,3,4,5 dan 6 Atas.

PENUTUP

Semoga kursus ini berjalan lancar dan dapat memberi input yang sempurna serta kerja sama semua pihak.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG KEM PENGAWAS PSS 2011 DI RUMAH PERSEKUTUAN TASIK KENYIR.

Perasmian Program Nilam SMK Padang Midin 2010

April 6th, 2010

PERASMIAN PROGRAM NILAM SMK PADANG MIDIN

Monday, 22 March 2010

ISNIN, 22 Mac 2010 – Berlangsungnya Pelancaran Program NILAM SMK Padang Midin, Kuala Terengganu. Pelancaran disempurnakan oleh Encik Azman bin Othman @ Abdullah selaku Yang Menjalankan Tugas Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu. Turut hadir sama adalah Puan Nik Rosniza binti Nik Mustapha, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan dan Encik Mohammad bin Ali, Pegawai Teknologi Pendidikan I PKG Durian Burong, Kuala Terengganu. Secara tidak langsung perasmian ini akan dapat memberikan suatu impak yang besar kepada sekolah seterusnya kepada pelajar-pelajar untuk lebih aktif dalam program ini bagi menjamin peningkatan peratusan perolehan pingat untuk Peringkat Jauhari dan Rakan Pembaca. Terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya pihak Pengetua dan warga SMK Padang Midin.

Laporan Misi Akademik Pelajar Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media UITM

Julai 15th, 2009

Buletin PSS

Julai 15th, 2009

Pamplet PSS

Julai 15th, 2009

SMK Padang Midin Terus Gah di Persada Pendidikan Terengganu

Mei 25th, 2009

img_6688Dengan meletakkan visi SMKPM menjadi sekolah Gemilang pada tahun 2011, seluruh warga SMKPM mula bergabung tenaga, bersatu-hati untuk merealisasikan matlamat tersebut. Ternyata segala pergorbanan itu tidak sia-sia apabila SMK Padang Midin mula mengukir nama dalam kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Kejayaan-kejayaan yang digapai dalam lima bulan pertama ini telah menjadi titik tolak dan petanda positif yang kegemilangan sekolah akan berjaya diraih mengikut perancangan.

» More: SMK Padang Midin Terus Gah di Persada Pendidikan Terengganu

E-katalog SMK Padang Midin

April 16th, 2009

Sistem E-katalog SMK Padang Midin telah diwujudkan untuk memudahkan pencarian bahan secara online.

Sila Ke http://ekatalogsmkpm.mytrg.net

>>>> Langkah-langkah membuat pencariaan bahan perpustakaan SMK Padang Midin.
1. Taipkan pada kotak pencarian samada : No Kod Buku, No Panggilan Buku, Jenis Bahan, Nama Pengarang, Penerbit,
2. Setelah itu klikkan pada butang carian. Sistem E-KatalogĀ ONLINE akan memaparkan hasil carian dibawah.
3. Cetak dan isi borang tempahan bahan jika perlu.

Calon Pertandingan PSS Cemerlang Kebangsaan 2009

April 4th, 2009

Padang Midin akan mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan bagi tahun 2009 bagi kategori Sekolah Menengah Luar Bandar. Sekolah ini juga merupakan sekolah Projek KPM -Intel yang diperuntukan 1 CMPC bagi 1 pelajar bagi projek berkenan.