1 Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum.
2 Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3 Merupakan tempat bahan P&P dapat dipilih dan dinilai untuk digunakan dalam kelas atau di luar kelas.
4 Memberi panduan dalam mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
5 Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi-agensi lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
6 Menggalak dan mempromosi aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
7 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran belajar secara pembelajaran kendiri.
8 Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
9 Membuat perancangan supaya koleksi bahan selaras dengan keperluan semasa serta terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
10 Menyediakan rakam-salin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

