Peraturan

PERATURAN AM

Ia merupakan rancangan pengoperasian Pusat Sumber dan Jawatan kuasa Induk.

Untuk Pengguna:

-           Masa PSS dibuka.

-           Kemudahan yang disediakan

-           Pinjaman

-           Keselamatan bahan dan alatan

-           Disiplin dan lain-lain.

-           Bahan yang boleh diguna dan dipinjam

-           Jadual dan masa penggunaan serta sistem meminjam bahan.

-           Perkhidmatan khas.

Untuk Bahan:

-           Menentukan sistem dan peraturan pinjaman bahan.

a)         Bahan buku:

Menggunakan sistem automasi `S-Lib’ iaitu menggunakan kad e-lib  bercirikan `bar code” untuk tujuan peminjaman dan pemulangan.

b)         Bahan bukan buku:

Perlu ada sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman alatan. Di samping itu perlu juga disediakan satu sistem alatan. Perlu juga disediakan satu sistem yang mudah untuk bahan-bahan bukan buku.

PERATURAN KHUSUS

Peraturan Perpustakaan:

-           Bilik ini terbuka kepada semua warga SMKPM.

-           Pengguna tidak dibenarkan masuk dan membuat pinjaman buku tanpa kebenaran guru/pengawas yang bertugas.

-           Pengguna hanya dibenarkan meminjam 2 buah buku tidak lebih daripada tempoh tujuh hari.

-           Pengawas PSS dibenarkan meminjam 3 buah buku (2 pinjaman biasa, 1 buah buku `red spot’). Mana kala guru dibenarkan 6 buah buku (4 pinjaman biasa, 2 buah buku `red spot’).

-           Pengguna hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan bahan bacaan yang dipinjam. Sebarang kerosakan yang disengajakan atau kehilangan bahan bacaan akan dikenakan denda bayaran ganti rugi.

-           Pengguna tidak dibenarkan menyimpan/menyembunyikan bahan bacaan dari tempat asalnya.

-           Pengguna dilarang membuat bising, makan/minum dan membuang  sampah semasa berada di perpustakaan.

-           Semasa P&P, guru diwajibkan hadir bersama-sama pelajar.

-           Sistem tempahan penggunaan perpustakaan juga digunakan.

-           Kerjasama semua pihak amatlah dihargai.

Peraturan dalam Bilik Tayangan:

-           Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik tayangan

-           Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik tayangan.

-           Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.

-           Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.

-           Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik tayangan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.

-           Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik tayangan di tempat yang disediakan.

a)         Bahan-bahan bilik tayangan:

-           Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan dimainkan tanpa kebenaran Guru PSS.

-           Segala perisian di dalam bilik audio-visual tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.

b)         Pakaian

- Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik tayangan.

-           Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik tayangan.

Peringatan:

Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan bilik tayangan.

Penggunaan Bilik Akses:

-           Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik akses tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.

-           Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bilik akses.

-           Semua penggunaan komputer hendaklah dicatat dalam buku log/penggunaan yang disediakan.

-           Pelajar dilarang sama sekali melayari internet melalui laman web yang tidak berfaedah seperti `Games’, muat turun lagu, ruang chat dan sebaganya.

-           Pelajar dilarang membuat bising di dalam bilik akses.

-           Laporkan segala kerosakan dengan segera kepada guru bilik akses.

-           Tutup komputer dan suis (automatic voltage) selepas selesai digunakan.


Peraturan Penggunaan PSS untuk Guru

1          Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Tayangan).

.2         Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.

.3         Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.

.4         Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dibawah pengawasan Pembantu Pusat Sumber, Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.

.5         Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.