Sejarah

PUSAT SUMBER SEKOLAH DALAM ARUS
SEJARAH

58-webhistory08 Tanggal 3 Oktober 1991, telah mencatat satu lagi sejarah SMKPM terutama dalam usaha memartabatkan budaya ilmu apabila Pengarah Pendidikan Terengganu pada ketika itu iaitu Tn. Hj. Mohd. Said b. Hj Mohd Razi telah merasmikan pembukaan Pusat Sumber Sekolah yang ketika itu terletak di rumah pengetua.

Pada peringkat awal, ruangan yang disediakan untuk PSS agak terhad dan tnetunya tidak dapat menampung perkembangan pesat bilangan warganya. Hasrat untuk mendapatkan PSS yang lebih selesa berjaya direalisasikan pada tahun 1994, apabila Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memberi kebenaran mengubahsuai rumah pengetua tersebut. Dalam mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 (30 Julai 1994), YB. Dato’ Abdul Rashid Ngah telah meluluskan peruntukan untuk membiayai pengubahsuaian tersebut. Bertitik tolak dad itu, pelbagai kelengkapan dan peralatan telah ditambah dari semasa ke semasa hsil sumbangan pelbagai pihak.

Tahun 1997, bekas Penolong Kanan 1 SMKPM, Pn. Hjh. Azizam bt Hamid telah membiayai sepenuhnya sebahagian lagi ruang tambahan PSS yang dinamakan sebagai Balai Ilmu. Tahun 2001, sekali lagi PSS mengalami perubahan fizikalnya bagi memnuhi keperluan ruang yang kian mendesak. Ruang Balai Ilmu telah didindingkan dan dinaiktaraf sebagai ruang perpustakaan baru, ruang pameran, SAL dan ruang diskusi. Ruang ini juga dikenali sebagai PERPUSTAKAAN SETIA JASA, manakala ruang perpustakaan utama dikenali sebagai PERPUSTAKAAN SETIA ILMU.

Tahun 2004, sekali lagi PSS mengalami perubahan fizikalnya. Hasil kejayaan SMKPM memenangi Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan peringkat negeri dan Kebangsaan telah digunakan oleh Mantan Pengetua Kanan SMKPM untuk membaiki kualti fizikal PSS supaya satu ruang PSS yang selesa dapat diwujudkan untuk warga SMKPM.
Uniknya bangunan PSS yang wujud pada hari ini merupakan gabungan mantap daripada usaha dan keperihatinan pihak pengurusan sekolah, PIBG, individu tertentu dan warga SMKPM bagi menyediakan sebuah pembelajaran yang lebih bersistematik.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.